BELUM reda isu penyebaran gambar bogel yang didakwa milik pelakon Atikah Suhaime dan Idris Khan, muncul pula gambar bogel seorang lelaki yang mempunyai wajah seakan-akan penyampai radio Hot FM, Fizie.
Melalui portal Astro Gempak, gambar tersebut telah dihantar kepada mereka melalui kiriman emel dari seorang individu yang tidak didedahkann identitinya, Sabtu lalu.
SUMBER FOTO: MEDIA MALAYA
Individu terbabit juga memberitahu bahawa gambar tersebut dimuat naik ke laman sosial Tumblr beberapa hari lalu dan mula disebarkan secara meluas.
Entah betul atau tidak gambar itu milik Fizie, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan aib seseorang.
Walau bagaimanapun, Fizie masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan penyebaran gambar bogel tersebut, setakat ini.
Sebenarnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya memantau laman sosial Tumblr ini yang semakin melampau berkongsi bahan lucah dengan bebas dan terbuka tanpa sebarang tapisan.
Siapa tahu ia sebenarnya taktik buruk untuk menjatuhkan nama baik Fizie, kan? #BersangkaBaik -MYNEWSHUB.CC