Tuesday 11 October 2016

Remaja 19 Tahun Lahirkan Anak Dengan `Suami’ 13 Tahun

12:09:00

Mengejutkan…seorang remaja berusia 19 tahun telah melahirkan bayi di mana bapa kepada anaknya itu adalah seorang budak lelaki yang baru berusia 13 tahun, dalam kes yang mengejutkan penduduk di Rusia.

Susulan itu polis telah melancarkan siasatan dan remaja perempuan berkenaan, dikenali sebagai Bilana B, berdepan dengan hukuman penjara antara tiga hingga empat tahun kerana melakukan seks dengan kanak-kanak di bawah usia 14 tahun.

Pasangan itu `berkahwin’ selepas budak lelaki berkenaan berjaya memujuk Bilana untuk lari bersamanya. Dia telah berhenti sekolah untuk menyara keluarganya.

Kedua-duanya adalah gipsi dan hubungan berkenaan adalah normal dalam kebudayaan mereka namun polis menganggap ia tetap melanggar undang-undang Rusia.

Budak lelaki tersebut dikatakan mendapat nombor telefon Bilana daripada saudaranya dan kemudian mula bersembang dengannya melalui telefon.

Zabar K and Bilana B, Russian gypsies

“Kami bercakap di telefon kurang daripada dua minggu dan apabila saya pergi ke tempatnya, dia mengikut saya,’’ kata budak lelaki terbabit. Disebabkan dia tidak boleh memandu, maka datuknya telah menemaninya untuk bertemu dengan Bilana.

Sejak itu mereka menetap di rumah datuknya.

Dalam pada itu, nenek kepada budak lelaki terbabit berkata, mengikut adat mereka, dia tidak boleh menghalau Bilana.

“Mereka tidak mengadakan perkahwinan sebenar, ia amat ringkas. Kami tidak mempunyai wang. Apa yang dilakukan ialah mereka membawa beberapa botol minuman keras,’’ kata neneknya.

Sementara Bilana pula berkata, suaminya itu akan bekerja bagi menyara kehidupan mereka. – mynewshub.cc

Kanak-kanak 12 tahun dirogol selepas diberi syabu

12:08:00

Alor Setar – Polis memburu seorang lelaki berusia 24 tahun yang melakukan seks dan memberi syabu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Ketua Polis Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, perbuatan suspek yang juga teman lelaki mangsa terbongkar selepas perbuatan mereka diketahui ibu kanak-kanak terbabit semalam sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan baru dan lama sebelum ibunya tampil membuat laporan polis.


“Hasil siasatan kita mangsa mengenali suspek melalui aplikasi sembang WeChat sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu yang tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka juga sudah beberapa kali melakukan hubungan terlarang di sekitar daerah ini tanpa pengetahuan keluarga sambil mangsa mendakwa diberi dadah syabu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tadi.

Mohd Rozi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Harian Metro


“Jangan Ikut Perangai Playboy Papa” – Datin Red

12:06:00

Meriah sungguh keluarga Adira AF nampaknya. Umum mengetahui bahawa suami kepada Adira atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pernah menggemparkan industri seni tanah air apabila dikaitkan dengan pelakon baru Ruhainies baru baru ini seterusnya menjurus kepada kenyataan demi kenyataan berani oleh Datuk Red sendiri.
1-jangan-ikut-perangai-playboy-papa-rotikaya
Berbeza dari perkara sebelumnya, luahan dari gambar yang dikongsikan oleh isteri pertama Datuk Red turut mendapat perhatian lebih-lebih lagi terselit nada gurauan dalam caption di laman sosial tersebut.

“Tahun lalu dalam bilik bersalin sudah setahun berlalu Andika Aswad sekarang sudah berumur satu tahun (09/10/16). Semoga menjadi anak yang berjaya dan soleh, yang paling penting jangan ikut perangai playboy papa. Rindu pula nak pregnant lagi,” kongsi Datin Red di Instagram.

Bagaimanapun, Datin Red cukup tenang menjawab soalan peminat dan pengikut di laman sosial tersebut malah turut menyatakan bahawa walaupun playboy, lelaki berkenaan tetap juga suaminya dengan nada bergurau. (rotikaya)

Zul Ariffin, Zahirah McWilson Berpisah?

12:05:00

Tiada angin tiada ribut, menerusi ruangan Pok Lop di akhbar Utusan heboh mengatakan Zul Ariffin dan kekasihnya, Zahirah McWilson telah putus cinta. Hubungan cinta mereka memang agak privasi sebelum ini, namun punca perpisahan mereka dikatakan dari pihak ketiga, dimana Zul mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon wanita bertudung dari Singapura.

“Dari satu sumber, mereka dikhabarkan sudah pun memutuskan perhubungan tersebut. Cuma rasanya ramai yang tidak tahu tentang gosip ini kerana mereka bukan jenis yang canang satu kampung. Dengar cerita, punca perpisahan itu juga adalah kerana orang ketiga. Panas sungguh kisahnya apabila Zul dikatakan bermain kayu tiga dengan seorang pelakon wanita bertudung”

“Poklip pun buatlah kajian sikit. Sumber tersebut menyebut nama seorang pelakon berasal dari Singapura, sebagai wanita ?yang merampas cinta Zahirah. Poklip tidak berani hendak mengiyakan khabar angin tersebut, sebab macam rumit sungguh kisah cinta mereka ini. Mana tidaknya, Zul dikatakan sudah lama bercinta dengan pelakon itu walaupun sebelum ini menafikannya”

“Poklip tidak tahu mana satu yang betul. Disebabkan hubungan rahsia yang sudah lama terjalin di antara Zul dan pelakon wanita itu, Zahirah dikatakan membawa diri dan mengambil keputusan untuk putuskan saja hubungan tersebut. Harapnya cerita ini hanyalah khabar angin yang sengaja diungkit dan digembar-gemburkan,” katanya menerusi ruangan Pok Lip di Utusan Online.


Dakwaan mereka putus cinta bukanlah kali pertama berlaku, sebelum ini pasangan ini juga pernah dikatakan berpisah namun Zahirah tampil menafikannya. Bagi beliau, ramai yang membuat andaian tersebut kerana mereka tidak mudah bercerita perihal hubungan cinta mereka kepada umum kerana masing-masing mahukan soal karier menjadi keutamaan. (rotikaya)

“Tidak Pasti Gosip Fattah & Neelofa Bercinta” – Michael

12:03:00

KUALA LUMPUR – Pengarah drama, Michael Ang tidak tahu sejauh mana kebenaran gosip dua pelakonnya dalam drama bersiri terbaharu Suri Hati Mr. Pilot iaitu Fattah Amin dan Neelofa dikatakan sedang hangat bercinta.

Michael bagaimanapun tidak menafikan sepanjang mengarahkan pelakon berkenaan menerusi drama bersiri itu, keserasian mereka di set penggambaran disifatkan semula jadi seperti pasangan bercinta sebenar.

“Sebagai pengarah apa yang boleh saya katakan mereka memang cukup serasi di hadapan kamera dan bukan seperti dibuat-buat.

“Pendek kata memang dapat rasa macam mereka sedang bercinta. Tetapi sama ada benar mereka bercinta diluar set seperti digosipkan itu hanya mereka yang boleh jawab,” katanya kepada mStar Online.

Michael ditemui pada majlis sambutan 20 tahun stesen satelit berbayar Astro yang diadakan di Bukit Jalil di sini, Isnin.

Pengarah itu menjawab gosip mengenai kedua-dua pelakon itu yang dikatakan dilanda cinta lokasi sejak sama-sama terbabit dalam drama yang turut diarahkan oleh Hadith Omar itu.

Suri Hati Mr. Pilot sedang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Dalam pada itu, Michael berkata, dia menilih Neelofa dan Fattah sebagai peneraju utama drama itu kerana ingin menampilkan kelainan memandangkan kebanyakan drama sering menampilkan wajah sama.

Tambah Michael, dia terkejut dengan persembahan yang diberikan Neelofa yang disifatkan sebagai luar biasa dan keserasian bersama Fattah sangat menyerlah.

“Penonton akan terkejut apabila melihat lakonan Neelofa dalam drama ini malah saya sendiri tidak menyangka kebolehan dan bakatnya begitu menyerlah.

“Neelofa sangat banyak peningkatan dalam lakonan malah Fattah pun sama seperti mana diperkatakan sebelum ini penampilannya kelihatan ‘kayu’ ketika berlakon.

“Pada saya Fattah sudah jumpa pasangan heroin sesuai dalam drama membuatkan dia selesa dan dapat memberikan yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Michael berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu untuk siaran slot Akasia di TV3.

Menampilkan Janna Nick dan Ashraf Muslim sebagai peneraju utama, Michael berkata ia adalah karya pertamanya menerusi slot popular itu. – mStar Online

Gadis pekerja spa dibunuh kerana tolak lamaran

12:02:00

Kota Kinabalu – Polis mengesahkan gadis pekerja pusat spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, dekat sini dibunuh sebelum mayatnya ditemui pada Ahad lalu.

Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes kematian Norfazlina Abantas, 20, sebagai mati mengejut selepas gadis itu ditemui oleh majikannya dalam keadaan terbaring dengan darah keluar daripada mulut di spa berkenaan, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian gusi atas dan patah tulang hidung serta tercabut sebatang gigi atas, dipercayai akibat hentakan benda tumpul.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh doktor perubatan mengesahkan punca kematiannya disebabkan sesak nafas dipercayai akibat dicekik.


“Susulan itu, siasatan menyeluruh dijalankan ke atas semua pekerja spa terbabit sebelum polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun, kira-kira jam 2.30 petang semalam kerana disyaki ada kaitan dengan kes berkenaan.

“Hasil soal siasat terhadap suspek, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun yang juga pekerja spa berkenaan, kira-kira jam 11 malam tadi di Kota Marudu. Dia disyaki suspek utama dalam kes ini,” katanya di sini, hari ini.

Chandra berkata, berdasarkan siasatan awal, gadis itu dipercayai dibunuh selepas dikatakan menolak lamaran suspek utama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BH Online

Hobi orang Melayu cerita hal orang – Fazura

12:01:00

Kuala Lumpur – Pelakon Fazura beranggapan segelintir orang Melayu hari ini lebih gemar untuk bercerita dan memberi komen terhadap seseorang apabila timbul sesuatu isu.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata, sebagai artis yang sudah lama berada dalam dunia hiburan tanah air, dia sudah lali dengan semua kritikan yang dilemparkan.

“Saya sudah lama berada dalam industri dan saya sudah lali (dikritik). Memang hobi orang Melayu kita untuk bercerita dan memberi komen fasal orang lain.

“Sejujurnya, saya tidak peduli kata orang dan saya tetap akan menjadi diri saya dan terpulang kepada anda semua (untuk menilai),” katanya.


Fazura diminta komen selepas video persembahannya pada konsert Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1) awal Oktober lalu menjadi viral apabila nyanyiannya dikatakan sumbang sehingga menerima kecaman daripada netizen.

Menurut penyanyi yang juga ahli perniagaan itu, kritikan negatif yang diterimanya tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk meneruskan minat dan kerjaya dalam bidang nyanyiannya.

Pemenang  trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) ini bagaimanapun mengakui lagu yang dibawanya iaitu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar bagi penyanyi yang baharu menceburi bidang nyanyian.

“Saya akui lagu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar untuk dibawa bagi penyanyi baru seperti saya. Saya rasa ia satu kesilapan, kerana melakukannya melebihi kemampuan saya,” katanya. – mStar Online