PERKAHWINAN yang dibina pelakon dan pelawak Along Cham bersama Zila Seeron hanya bertahan selama enam tahun apabila mereka telah disahkan bercerai talak satu, hari ini.
Along Cham atau nama lengkapnya, Muhammad Nizamudin Ahmad melafazkan cerai terhadap Zila; 28, pada kira-kira pukul 10.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.
Sementara itu Zila hanya menunduk faham dan bersetuju ketika hakim membacakan keputusan selepas lafaz cerai dibuat.
Along ketika ditemui diperkarangan mahkamah turut menjelaskan sebab mendiamkan diri sebelum ini.
"Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga.
"Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya," katanya.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai gambar Smule bekas isterinya bersama seorang lelaki yang tersebar baru-baru ini, Along mengakui tidak mengenali individu tersebut.
"Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu.
"Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal," ujarnya.
Along dan Zila bernikah pada 23 Januari 2010 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak, Ahmad Danial, 5.
Memetik mStar, Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron dilihat cuba bersalaman dengan Along namun ditolak oleh pelawak berusia 33 tahun itu.

KREDIT FOTO: FORUM CARI
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial; 5.
Media sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak yang dipercayai Zila ditangkap sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 13 Ogos lalu selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus suami orang di sebuah kondominium di Bukit Jalil.
Semasa diserbu, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik. – MYNEWSHUB.CC