Wednesday 17 August 2016

Putus Bukan Sebab Popular "Biar Kami Saja Tau Punca Kami Berpisah"


Punca perpisahan diantara pasangan kekasih, Fattah Amin dan Sherry Ibrahim yang tidak diketahui membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenainya sehingga timbul pelbagai spekulasi. Antaranya adalah dakwaan yang mengatakan bahawa Fattah memutuskan hubungan cinta tersebut kerana namanya yang semakin papular, namun beliau menafikan tuduhan itu.

“Bukan sebab sudah jadi popular saya berpisah dengan dia. Spekulasi yang bertebaran ini tidak benar, mustahil saya sudah popular dan mahu berpisah dengan orang yang kita sayang. Saya harap sangat mereka di luar sana tidak meneruskan anggapan ini. Sebelum berpisah beberapa bulan lalu kami memang ada berbincang, tetapi menemui jalan buntu dan berpisah saja”

“Bagi saya penting untuk kami berdua simpan sahaja sebab sebenar kenapa kami berpisah. Sebab puncanya terlalu peribadi dan biarlah kami sahaja yang tahu. Sekarang ini saya tidak bermusuh dengan Sherry bagi saya dia masih seorang kawan. Saya berpisah dengan dia cara baik, malah kami tidak ada masalah besar pun,” katanya kepada Utusan Online mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Fattah juga turut meluahkan keinginannya untuk mendirikan rumah tangga suatu hari nanti, dan baginya kecewa dalam percintaan terdahulu tidak membuatkan beliau trauma untuk kembali bercinta. Namun katanya, buat masa sekarang masih belum ada sesiapa yang istimewa bertakhta di hatinya dek kerana terlalu sibuk dengan urusan kerjaya yang padat.(Sumber Rotikaya)