"Saya masih belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini saya menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya bayi lelaki. Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.
Malah Zarina juga telah sudi berkongsi wajah penuh anak sulungnya itu dengan peminat di Instagram. Selain gambar, Zarina turut memaklumkan bahawa nama bayinya itu adalah 'Martin Ezra Mikael'.
Tahniah diucapkan buat Zarina.
Photo: Zarina IG