MEMANG ngeri dan menakutkan! Nampak macam ‘real’ kan solekan mekap ni!
Jangan tak tahu ini semua merupakan hasil kerja solekan khas yang dilakukan oleh gadis yang baharu sahaja berusia 17 tahun!
Memang hasilnya setanding dengan pakar solekan kesan khas yang sering diguna pakai dalam filem-filem berskala besar Hollywood.
Gadis bernama Tiffany Baze yang berasal California, Amerika Syarikat (AS) menceritakan minatnya itu timbul sejak beberapa tahun lalu ketika dia mengenakan solekan bagi sambutan Halloween.
Sejak mula memuat naik hasil kerjanya di laman sosial sembilan bulan lalu, Tiffany banyak menerima pelbagai komen negatif daripada orang luar yang tidak gemarkan teknik solekan ‘ngeri’ yang dihasilkannya.








“Tapi bila tengok ada yang komen suka dengan solekan saya, ia lebih memberi makna kepada saya kerana mereka berminat dan menghargai hasil kerja saya,”katanya dipetik portal Metro UK.
Menurut Tiffany, solekannya boleh disiapkan dalam tempoh 40 minit hingga ke tiga jam bergantung kepada kesukaran solekan itu.
Tidak mempelajari secara formal, sebaliknya Tiffany belajar teknik solekan itu hanya menerusi tontonan di laman YouTube.
Tiffany berharap dengan bakat yang dimilikinya itu membolehkannya mengejar cita-cita untuk bergelar jurusolek artis dan kesan khas untuk filem-filem keluaran Hollywood. – MYNEWSHUB.CC