Sunday 21 August 2016

Terakam Pasangan Lakukan Seks Ketika Lintas Langsung

OLIMPIK Rio sememangnya mempunyai banyak cerita menarik. Selain laporan harian mengenai acara sukan, terdapat juga beberapa cerita sampingan yang tidak kurang menarik, memalukan dan mengejutkan.

Salah satu daripadanya ialah ketika penyampai BBC, Dan Walker sedang mengulas mengenai sukan berkenaan secara langsung. Menariknya bukan Walker yang menjadi tumpuan sebaliknya sepasang kekasih di belakangnya.

Pasangan berkenaan sedang melakukan seks di pantai di Rio dengan salah seorang berada di atas badan pasangannya.

Walker cuba memberitahu penonton bahawa pasangan itu sedang membaca buku, namun tiada siapa yang percaya.

“Dan kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang berlaku di belakang sana….kami tidak akan zoom lebih dekat, tapi percayalah, bukan itu…..ia hanya pelukan.

“Mereka sedang membaca buku, malangnya mereka membaca buku dalam posisi yang pelik,’’ katanya yang cuba mengawal keadaan dan dalam keadaan tersipu-sipu. – MYNEWSHUB.CC