Monday 22 August 2016

Wanita terhina, tolak lamaran kekasih


Beijing – Seorang lelaki nyata tersilap langkah apabila cuba melamar kekasih hatinya dengan menggunakan rumah sebagai umpan ketika mengajak wanita itu mengahwininya.

Dalam kejadian di Deyang yang dirakam dan tersebar di Internet, lelaki itu dilihat melutut di depan kekasihnya sambil memegang bunga dan menggunakan megafon untuk memberi ucapan panjang menggambarkan cintanya pada wanita berkenaan.

Dia kemudian menyerahkan jambangan bunga, cincin dan dokumen merah kepada kekasihnya sambil berjanji meletakkan nama wanita itu sebagai pemilik bersama rumah mereka kelak, lapor akhbar Huanqiu.

“Jika kamu bersetuju berkahwin, saya akan terus meletakkan nama kamu pada rumah ini,” katanya.

Wanita itu yang pada mulanya nampak terharu dan seolah-olah mahu menerima lamaran berkenaan terus berubah air muka sebaik teman lelakinya menyebut ‘umpan’ berkenaan.