Kuala Lumpur – Penyanyi dangdut Amelina mengesahkan bahawa dirinya sudah bercerai beberapa bulan lalu.
Perkara berkenaan disahkan penyanyi berusia 41 tahun itu sewaktu dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perceraiannya dengan bekas suami, Reduan Mahamood.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga sekitar 1999 dan dikurniakan enam orang anak.