Apa yang pasti, perkembangan hubungan mereka terus diintai peminat dan ramai yang berharap hubungan cinta Shahir dan Erra berakhir di jenjang pelamin dengan segera.

Shahir ketika dihubungi telah berkongsi perkembangan terbaru terutama hubungannya dengan Primadona Filem Melayu itu.
Kata Shahir, hubungannya dengan Erra ketika ini seperti biasa.
"Insya-Allah sebagai hambaNya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya.
"Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuanNya. Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya
"Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan... Insya-Allah," ujar Shahir dipetik sebagai berkata.
Hubungan Erra dan Shahir hangat diperkatakan peminat apabila mereka mula rapat sejak dua tahun lalu.

Sumber: Berita Harian