Friday 9 September 2016

Bercerai Sudah 2 Kali, Awie Enggan Gagal Lagi


KISAH pelakon dan bintang rock, Awie bakal mengakhiri zaman dudanya bersama seorang wanita bernama Sharifah Ladyana bukan lagi rahsia.

Bercakap mengenai rumah tangga yang bakal dibina itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, dia tidak mahu gagal lagi dalam perkahwinan ketiga ini.

“Kata orang, membina rumah tangga memerlukan perancangan rapi dan mempunyai keserasian yang kuat. Banyak perkara yang perlu dirancang.

“Saya pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, pastinya tidak mahu ia gagal lagi. Bagaimanapun, saya serahkan semuanya kepada qada dan qadar.


“Saya akan beritahu semua pihak jika sudah tiba masanya nanti.

“Buat masa ini saya banyak memberi fokus kepada tuntutan kerja terlebih dahulu. Selepas semuanya selesai, barulah persediaan tentang pernikahan dibuat.

“Kami mengikat tali pertunangan selama setahun, jadi masih banyak masa lagi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Awie telah selamat bertunang dengan Ladyana secara tertutup di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu.

Vokalis kumpulan Wings ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira pada 10 Disember 1998. Namun disahkan bercerai pada 16 Oktober 2006.

Manakala perkahwinan kedua bersama Rozana Misbun pada 20 Jun 2005 juga tidak bertahan lama. – MYNEWSHUB.CC