Thursday, 15 September 2016

David Teo Cari Dalang Sebar Gambar Bogel Atikah


SUSULAN penyebaran gambar bogel pelakon Atikah Suhaime dengan lelaki yang didakwa konon menyerupai Idris Khan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo memberitahu bahawa pihaknya sedang berusaha mencari dalang di sebalik perkara itu.

Menurut David, usaha mengenal pasti dalang tersebut dilakukan supaya dapat memberikan pengadilan kepada Atikah yang juga merupakan artis di bawah naungan syarikatnya.

“Saya bersimpati dengannya kerana berlu berdepan dengan kontroversi lama. Saya akan pastikan individu yang berhati busuk itu mendapat tindakan sewajarnya.

“Buat masa ini, MIG sedang mengumpul bukti untuk mencari dalang. Sama ada perkara ini benar atau tidak, Atikah perlu berhati-hati dalam berkawan.


“Sebelum ini Atikah pernah dikaitkan dengan isu yang sama. Ia seperti dirancang untuk musnahkan kerjaya Atikah. Di mana sahaja dalang itu, di dalam atau luar negara, dia perlu bertanggungjawab,” katanya kepada BH Online.

Image result for Gambar Bogel Atikah
(cropped picture)

Tambahnya, pihak MIG masih lagi bertimbang rasa dan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan kontrak Atikah bersama MIG.

Malah bagi David, dia percaya Atikah telah dianiaya kerana ini bukan kali pertama perkara ini berlaku kepadanya. – MYNEWSHUB.CC