Tuesday, 13 September 2016

ISU GAMBAR INTIM BOGEL, Atikah Suhaime akan ambil tindakan mahkamah


Beberapa hari lepas, Idris Khan dan Atikah Suhaime telah dikaitkan di dalam gambar bogel yang tersebar di laman sosial. Perkara ini telah disahkan oleh blog gosip artis tersohor Rotikaya melalui laporannya.

Ketika menjawab teks WhatsApp, Atikah Suhaime, 25, menyuarakan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang berikutan penyebaran gambar bogel yang didakwa miliknya bersama pelakon lelaki, Idris Khan, 28 selepas disarankan oleh peminatnya di ruangan komen di Instagram miliknya.

Tahun lalu, Atikah dan Idris telah menafikan penyebaran foto dan video itu yang juga dikaitkan dengan pelakon dan model, Ammar Alfian.

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Atikah Suhaime bercadang mengambil tindakan selepas penyebaran gambar intim, yang didakwa dirinya, bersama seorang pelakon lelaki.

Pelakon kelahiran Singapura itu mengulas di laman Instagramnya selepas disaran seorang peminatnya agar membuat aduan polis bagi membersihkan namanya.

Bagaimanapun, pelakon Si Kolot Suamiku tidak mendedahkan tindakan yang bakal diambilnya selepas bercuti di republik itu bagi sambutan Aidiladha, hari ini.

“Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih [kerana] sentiasa sokong,” jawabnya kepada peminat bernama Mohammad Asnawi.

Foto ini, yang tidak diketahui tarikhnya, memaparkan dengan jelas muka pasangan yang memandang ke arah kamera. Tidak jelas sama ada ia foto selfie atau daripada video.

Manakala sekeping lagi gambar menunjukkan lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya bertopi sambil memeluk wanita tersebut, yang berbaju biru, dari belakang.


Blog hiburan itu melaporkan ia tidak pasti sama ada foto-foto yang disebarkan di forum atas talian itu telah diubah suai atau asli.

Foto-foto intim itu disebarkan di sebuah laman forum atas talian sebelum dilaporkan blog hiburan berkenaan pagi semalam.

Dalam komen tersebut, Asnawi mencadangkan Atikah, pelakon My Stupid Boss, tidak berdiam diri tetapi mengambil tindakan bagi membersihkan namanya.

“Secara tidak langsung dapat membuktikan you tidak bersalah. Diam dan ‘just let it go’ tidak membantu membersihkan nama you daripada fitnah seperti ini,” katanya.

Atikah semalam tidak mahu mengulas lanjut mengenai kontroversi terbaru ini ketika dihubungi ProjekMMO menerusi aplikasi WhatsApp.

Pada Oktober tahun lalu, beliau menafikan terlibat dalam babak video seks, bersama dua pelakon lelaki, yang dikatakan tersebar sebentar di Internet.

Atikah Suhaime, pelakon kelahiran Singapura disaran peminatnya agar membuat aduan polis bagi membersihkan namanya dalam isu foto intim. — Foto-foto oleh Choo Choy May