Saturday, 3 September 2016

Jasad Wanita Tertinggi Thai Diderma Untuk Kajian


SEORANG remaja wanita yang mendapat jolokan sebagai wanita tertinggi Thailand, Malee Duangdee dilaporkan meninggal dunia dalam usia 24 tahun pada minggu lalu.

Menurut laporan laman berita tempatan negara itu, Malee meninggal dunia akibat mengalami serangan jantung dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Malee pernah tercatat dalam Rekod Dunia Guinness pada tahun 2009 sebagai wanita tertinggi di dunia. Pada waktu itu, dia baru berusia 17 tahun, namun telah memiliki ketinggian berukuran 207 sentimeter.
Jasad Wanita Tertinggi Thai Diderma Untuk Kajian

Walau bagaimanapun, ukuran tinggi terakhir Malee yang dicatatkan sebelum dia menghembuskan nafasnya, berketinggian sebanyak 212 sentimeter.

Difahamkan jasad Malee diserahkan kepada bidang penyelidikan perubatan Hospital Siriraj untuk dimanfaatkan oleh mahasiswa jurusan perubatan di situ.

Keputusan itu dibuat ahli keluarga Malee sendiri. Mengikut adat dan kepercayaan masyarakat Thailand, jasad yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dan perubatan mendapat penghormatan tinggi dan digelar sebagai ‘ketua’ dalam kalangan mahasiswa perubatan.

Lebih daripada 3,000 orang menghadiri upacara penghormatan terakhir buat Malee di Kuil Chang Kluea, iaitu di kampung halamannya di wilayah Trat. – MYNEWSHUB.CC