Friday 9 September 2016

Kantoi Curang, Isteri Gaduh Wanita Simpanan Dalam Wad


SEORANG suami yang dimasukkan ke dalam wad mendapat pengajaran cukup memalukan apabila isteri dan perempuan simpanannya melawatnya secara serentak di hospital.

Seorang pelayar laman sosial yang mendakwa dirinya sebagai seorang jururawat telah memuat naik rakaman insiden tersebut ke YouTube semalam.

Menerusi video berdurasi hampir 2 minit itu, dua wanita berkulit hitam dilihat saling menarik rambut dan bergelut antara satu sama lain.

Seorang lelaki yang memakai pakaian pesakit hospital dipercayai suami kepada salah seorang wanita terbabit kemudian cuba meleraikan pergaduhan itu.

Namun wanita yang memakai baju tanpa lengan berwarna kuning enggan melepaskan rambut ‘lawannya’ itu, meskipun berkali-kali disuruh.

Walaupun pergelutan berjaya dileraikan, salah seorang wanita itu mula mengambil peralatan dan barangan hospital untuk dibaling ke arah wanita yang didakwa perempuan simpanan suaminya.

Video tersebut yang telah ditonton puluhan ribu pelayar bagaimanapun hanya menimbulkan rasa geli hati dalam kalangan mereka yang menonton.

Lokasi sebenar kejadian gagal diketahui tetapi berdasarkan kepada visual, ia tentunya bukan berlaku di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC