Monday, 12 September 2016

Lelaki Ini Main Rambut Adik, Hasilnya Buat Ramai Ketawa


KALAU perangai sudah suka mengusik, macam-macam idea di luar jangkauan akan muncul. Lagi-lagi apabila melibatkan adik kandung sendiri.

Demikianlah yang dilakukan seorang abang apabila melihat adik perempuannya enak diulit mimpi walaupun matahari sudah tinggi.

Tidak segera mengejutkan adiknya bangun tidur, lelaki yang menggunakan nama akaun Twitter @Ochi2822Ssr bertindak memberi ‘pengajaran’ dengan bermain-main dengan rambut adiknya.

Lelaki Ini Main Rambut Adik, Hasilnya Buat Ramai Ketawa


Menariknya, lelaki ini menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti bentuk matahari, ombak, hati dan bermacam-macam lagi.

Dia kemudian memuat naik hasilnya itu menerusi laman Twitternya.

Lelaki Ini Main Rambut Adik, Hasilnya Buat Ramai Ketawa

Lelaki Ini Main Rambut Adik, Hasilnya Buat Ramai Ketawa

Lelaki Ini Main Rambut Adik, Hasilnya Buat Ramai Ketawa

Hasilnya itu, nampaknya memang tidak sia-sia kerana ramai yang kagum dan menyukainya hinggakan menjadi viral seluruh dunia.

Dalam pada itu, pengguna sosial juga tertawa melihat perangai lelaki itu yang pandai menyakat adiknya sedemikian. – MYNEWSHUB.CC