Kuala Lumpur – Pelakon Remy Ishak mendakwa dianiaya individu sama yang melakukan ugutan bunuh kepadanya baru-baru ini apabila rumahnya di Serdang diserbu pihak polis malam semalam.
Remy menerusi laman Twitternya berkongsi sekeping gambar dengan menulis kapsyen: “Polis serbu rumah walaupun saya tiada di sana. Lepas ugut bunuh, sekarang dia aniaya pula.”
Usaha bagi mendapatkan Remy gagal kerana pelakon itu tidak menjawab panggilan.