Saturday 10 September 2016

Rita Rudaini Akui Rapat Dengan Doona Muslim


SEMENJAK bercerai, pelakon Rita Rudaini tidak pernah lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Rita mengejutkan ramai apabila menyebut boyfriend kepada seorang pengacara HLive, Donna Muslim menerusi laman Instagramnya.

Gosip itu menjadi lebih hangat apabila Donna, 27, kerap dilihat berkunjung ke restoran milik Rita, Rumah Kueh.

Dek kerana itu, ramai peminat hiburan yang persoalkan hubungan yang terjalin antara mereka.


Rita, 40 bagaimanapun menafikan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta, namun akui paling rapat dengan jejaka itu buat masa ini.

“Kami berkawan saja dan saya pun selesa mengenali dirinya. Dia antara lelaki yang paling rapat dengan saya ketika ini.

“Saya mula mengenalinya pada tahun lalu, tetapi ketika itu perkenalan kami biasa saja.

“Saya lihat, dia seorang lelaki yang menghormati orang di sekelilingnya dan kurang bersosial. Pada masa sama, kami serasi dalam apa saja topik yang dibualkan.

“Ada juga saya membaca komen-komen peminat yang mendoakan jodoh kami berdua. Namun bagi saya, ia sekadar satu usikan,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. – MYNEWSHUB.CC