Sunday 9 October 2016

Apa Dosa Disebat Punggung Budak Sampai Macam Ini?


DUA keping gambar menunjukkan seorang budak meniarap dengan punggungnya berbekas lebam teruk kesan sebat tersebar sekaligus membangkitkan simpati netizen yang menatapnya.

Gambar berkenaan yang dipercayai mula dikongsikan secara meluas sejak Jumaat lepas, membuatkan banyak pihak berasa marah terhadap pelakunya dan inginkan pihak polis menyiasat perkara berkenaan.

Kecederaan pada punggung kanak-kanak terbabit boleh dikatakan terlalu keterlaluan jika ianya adalah kesan daripada perbuatan sebat malah hampir menyerupai punggung banduan dewasa yang dikenakan hukuman sebat di penjara negara ini.

Buat masa ini tiada info jelas tentang lokasi dan punca sebenar kejadian namun tidak kira di negara mana dan apa pun kesalahan telah dilakukan kanak-kanak dalam gambar ini, ianya jelas menunjukkan dia telah dizalimi seseorang yang patut dihukum pula dengan undang-undang. – MYNEWSHUB.CC