Monday 10 October 2016

Nyawa Masih Panjang Selepas Ditikam


BEIJING – Seorang lelaki berjaya diselamatkan walaupun selepas dia ditikam di kepala dalam satu pergaduhan.

Menurut polis, lelaki berkenaan ditikam ketika pergaduhan membabitkan dua kumpulan yang bermusuhan di bandar Lianyungang, timur China.

Orang ramai yang melihat kejadian itu membantu lelaki terbabit dengan menghantarnya ke hospital.

Media tempatan melaporkan, polis berjaya menangkap orang yang didakwa menikam lelaki itu.


Bagaimanapun, lelaki terbabit bukan orang pertama berjaya diselamatkan selepas mengalami kecederaan serius seumpama itu.

Beberapa bulan lalu, seorang lelaki tiba di sebuah hospital di Colombia dengan pisau terpacak di mukanya. – Agensi/myMetro Online