Monday 10 October 2016

Wajib Cium Bos Setiap Pagi Sebelum Kerja


SANGGUPKAH anda bekerja dengan majikan yang mewajibkan anda mencium pegawai atasan setiap pagi sebelum memulakan kerja?

Namun itulah peraturan pelik sebuah syarikat menjual peralatan membuat minuman di Beijing kononnya bagi mengeratkan hubungan antara pekerja dengan pegawai atasan.

Menurut laporan Shanghaiist, setiap pagi kakitangan wanita perlu berbaris dan mencium ketua mereka sebelum mula bekerja dan video serta gambar kejadian itu kini menjadi viral di media sosial China.

Ramai yang hairan bagaimana para pekerja wanita di syarikat itu masih boleh terus bertahan dengan syarat yang jelas mencabuli kehormatan wanita.