Thursday 25 August 2016

Model digelar ‘mahkluk asing’


Rusia – Seorang model terkenal di Rusia telah mencetuskan kebimbangan ramai berhubung tahap kesihatannya selepas gambarnya dalam keadaan kurus kering dimuat naik dalam media sosial.

Keadaan itu juga menyebabkan Alena Shishkova, 23, digelar sebagai “anorexia” dan “makhluk asing”.

Media turut melaporkan Alena mengalami penurunan berat badan yang ketara sejak tahun lepas. Berat badan model setinggi 5 kaki 9 inci ini adalah 50kg kira-kira 12 bulan lepas, namun kini berat badannya semakin menurun.

Malah satu majalah telah menyindirnya dengan menggelar Alena sebagai mahkluk asing yang menghidap anorexia.

Shockingly thin: Instagram fans of the single mother have noticed her recent weight loss

Alena bagaimanapun menafikannya dan menyatakan bahawa badannya yang kurus adalah disebabkan gaya hidup yang aktif, bersenam serta mengamalkan diet sihat.

Dia menjadi terkenal selepas mendapat tempat kedua dalam pertandingan Miss Rusia pada 2012 dan sejak itu Alena dijemput menghadiri minggu fesyen di bandar besar termasuk Moscow, Tokyo dan Milan.

Alena juga adalah ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun, selepas berpisah dengan penyanyi rap Rusia, Timati.