Saturday 20 August 2016

Nikahi Adira Di Thailand Sebab Nak Jaga Hati Isteri Pertama


INILAH penjelasan di sebalik kemelut yang melanda rumah tangga Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red mengenai tindakannya mengahwini penyanyi Adira di Thailand pada Disember tahun lalu.

Dalam usia perkahwinan yang hampir menjangkau satu tahun, Datuk Red tampil menceritakan perkara sebenar di sebalik tindakannya itu.

Nikahi Adira Di Thailand Sebab Nak Jaga Hati Isteri Pertama

Menurutnya kepada laman The Malay Mail Online, tindakannya itu adalah semata-mata untuk menjaga hati isteri pertamanya Syarifah Norshafilla Hassim atau Datin Red dan bukannya kerana masalah dokumentasi.

“Sebab itu masa nak kahwin Adira, saya tidak beritahu Datin Red dua bulan awal supaya dia tidak rasa perit dan sakit.

“Mana ada perempuan dalam dunia ini hendak dimadu. Sudah kahwin dengan Adira baru saya beritahu, jadi sakitnya sekali saja,” katanya.

Nikahi Adira Di Thailand Sebab Nak Jaga Hati Isteri Pertama

Tambah Datuk Red lagi, dia dan Adira hanya berkenalan selama tiga minggu sebelum melangsungkan pernikahan di Thailand.

Jelas Datuk Red lagi, dia sudah memberikan bayangan atau ‘hint’ kepada Norshafilla bahawa dia akan dimadukan dengan Adira, namun tidak diendahkannya.

“Sebelum itu saya ada bagi bayangan nak kahwin dengan Adira tapi dia tidak percaya, pasal muka saya muka tidak siap,” katanya.

Bagaimanapun, Adira yang kini sudah bergelar isteri kedua Datuk Red tidak mempunyai masalah dengan status yang dipegangnya kini.

Malah dalam perkembangan terbaharu pula, Adira telah berkongsikan berita gembira mengenai kehamilan beliau di laman sosial baru-baru ini dengan usia kandungan memasuki 10 minggu, selain merancang percutian ke Eropah. -MYNEWSHUB.CC