Sunday 21 August 2016

Nuha Tulis Lagu ‘Kekasih Curang’ Sewaktu Di Sekolah


BEKAS peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF14) Nuha atau nama sebenarnya Syamila Nuhair Zainodi mengakui telah menghabiskan RM30,000 demi menghasilkan single terbaharunya yang berjudul Kau Menjauh.

Nuha yang dikenali sebagai Sam Nuhair berkata dia berpuas hati kerana dapat memastikan kariernya kembali rancak walaupun terdapat halangan sebelum melancarkan album tersebut.

“Pembikinan lagu ini melalui pelbagai cabaran dan dugaan selain menggunakan wang sebanyak RM30,000 untuk memastikan ianya dapat disiapkan.

“Usaha saya akhirnya berbaloi dan single terbaharu ini membuktikan saya akan terus berjuang dan maju kehadapan demi memastikan karier saya kembali rancak,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Nuha,  Kau Menjauh merupakan hasil penulisannya sendiri  kerana dia  sudah lama berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagu.

Nuha berkata, dia mencipta Kau Menjauh ketika masih berada di sekolah dan ia menceritakan tentang seorang kekasih yang berlaku curang. – MYNEWSHUB.CC