Wednesday, 31 August 2016

Raysha Pertahan Tindakan Uqasha Buka Tudung


ADIK Uqasha Senrose, Raysha Rizrose tampil mempertahankan kakaknya yang teruk dikecam netizen gara-gara tindakannya yang kembali membuka tudung selepas tiga tahun berhijab.
Raysha Pertahan Tindakan Uqasha Buka Tudung

Menerusi laman Instagramnya, pemenang Dewi Remaja 2015/2016 itu berkata orang ramai sepatutnya cermin diri terlebih dahulu sebelum lantang mengata orang lain.

“Jaga hidup dan diri masing-masing, jangan nak sibuk pasal life orang, cari salah orang, bila diri sendiri pun belum tentu betul,” tulis Raysha.
Raysha Pertahan Tindakan Uqasha Buka Tudung
RAYSHA RIZROSE
Raysha Pertahan Tindakan Uqasha Buka Tudung

Sementara itu dalam ruangan komen menerusi gambar yang dimuat naik Raysha itu turut kelihatan pelakon genit, Elfira Loy meninggalkan komentar berhubung isu tersebut.


Menulis dengan penuh hemah, Elfira menasihatkan orang ramai untuk tidak memberikan komen negatif kepada Uqasha sebaliknya mendoakan yang terbaik buat rakan artisnya itu.

Raysha Pertahan Tindakan Uqasha Buka Tudung
ELFIRA LOY
Raysha Pertahan Tindakan Uqasha Buka Tudung

Uqasha menerusi laporan sebuah akhbar sebelum ini, mendedahkan bahawa dia sudah tidak memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan ingin menjadi dirinya sendiri. – Sumber asal MYNEWSHUB.CC