Wednesday, 31 August 2016

Remaja Ditangkap Semula Hasil Kebodohan Sendiri


BODOH betul remaja ini, Amy Sharp yang berusia 18 tahun. Dia menyangka tindakannya melarikan diri dari penjara di Sydney pada 19 Ogos itu merupakan satu kejayaan namun sebaliknya berlaku.

Amy berjaya ditangkap semula hasil kebodohannya sendiri. Dia yang tidak berpuas hati dengan gambarnya yang diedarkan oleh polis dan media, bagi memburunya, telah bertindak mengirim gambar lain yang lebih cantik.

Remaja ini telah mengirim gambarnya yang lebih cantik di Facebook saluran media, 7 News.

“Boleh tak gunakan gambar ini, tolong dan terima kasih….yang benar, Amy Sharp xx,” demikian tulisnya dalam Facebook berkenaan.

Tidak lama kemudian polis berjaya mengesannya melalui gambar yang dikirimkan menerusi media sosial berkenaan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan bentuk kesalahan yang dilakukan oleh Amy hingga mengakibatkan dia ditangkap. – MYNEWSHUB.CC