Tuesday 23 August 2016

RUHAINES RELA KAHWIN DUDA, ELAK DAN HINDARI SUAMI ORANG


Terpalit dengan kontroversi bersama suami Adira AF baru-baru ini, empunya badan Ruhainies menyatakan bahawa dia kini masih belum berpunya. Bagaimanapun, untuk soal kahwin, pelakon ini tidak mahu menjadi perampas hak milik orang lain.

“Kalau saya ada teman lelaki pun, statusnya bukan suami orang. Saya tidak mahu ambil hak orang, tapi kalau berstatus duda saya boleh terima. Bagaimanapun, orang itu bergelar duda bukanlah sebab bercerai kerana mahu berkahwin dengan saya”

“Maksud saya, sewaktu kenal itu memang sudah berstatus duda. Itu saya boleh pertimbangkan,” jelasnya kepada Kosmo! Online. Tambahnya buat masa sekarang dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada dunia lakonan.

Malah Ruhainies juga memberitahu bahawa jika dia sudah berpunya, perkara tersebut tidak akan disembunyikan daripada pengetahuan media. Apa pun, semoga Ruhanies bijak mengatur langkah dalam industri hiburan tanah air. (rtky/s)