Sunday 21 August 2016

Zul Ariffin Nafi Sudah Merisik Zahirah Di Australia


GARA-GARA berkunjung ke Australia baru-baru ini, muncul khabar angin mendakwa pelakon Zul Ariffin telah merisik teman wanitanya, Zahirah Macwilson.

Tambahan pula, kakak dan abang Zul Ariffin turut serta dalam lawatan di negara ‘kangaru’ itu.

Bagaimanapun, pelakon berbadan sasa ini menafikan dakwaan itu sebaliknya memberitahu tujuannya melawat ke negara itu adalah untuk meninjau peluang perniagaan termasuk membuka kafe.

“Saya ke sana atas urusan lain dan kebetulan berjumpa dengan keluarga Zahirah.

“Saya turut bertemu dengan produksi tempatan yang sedang menjalankan penggambaran,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Zul turut memaklumkan setakat ini belum ada lagi perbincangan mengenai arah tuju hubungan mereka berdua.


Pun begitu, Zul akui masih lagi bersama dengan Zahirah namun enggan mengulas lanjut.

Dalam perkembangan lain, Zul bakal muncul dalam filem Tombiruo. – MYNEWSHUB.CC