Portal World of Buzz mendedahkan, wanita tersebut melancarkan tindakan jahatnya dengan berpura-pura menjadi mangsa kemalangan. Tetapi aksi ini membuat orang ramai yang melihatnya merasa sebak, sekali gus geram.
Dalam video tersebut kelihatan bagaimana wanita yang tidak diketahui identitinya itu sedang terbaring di atas bonet depan kereta seseorang, sebelum akhirnya jatuh ke atas jalan.
Si pemilik kereta yang tahu aksi lakonan perempuan itu bagaimanapun terus membunyikan hon tanpa henti. Aksinya di kereta pertama gagal, wanita itu kemudian berdiri dan menunggu sebuah kereta lain yang agak lewat melaluinya.
Maka, dalam beberapa saat, dia melompat ke arah sebuah kereta berwarna kuning dan sengaja melanggar dirinya ke kereta tersebut, sebelum akhirnya berguling di atas jalan.
Seorang pemandu kereta berwarna kuning yang geram dengan aksi wanita itu nyaris melanggar tubuh suspke, sebelum akhirnya dihentikan oleh orang ramai.
Orang ramai yang menyaksikan aksi wanita ini hanya diam dan merakam menggunakan kamera telefon bimbit, malah mereka tidak menolongnya kerana sudah tahu kalau memang niatnya untuk menipu. Modus penipuan seperti itu memang popular di China. – MYNEWSHUB.CC
LINK VIDEO



