Sunday 9 October 2016

Polis Buru 'Samseng' Baju Merah


PETALING JAYA, 9 Okt: Polis kini sedang memburu penunjuk perasaan dari kumpulan baju merah yang terlibat dalam dakwaan serangan ke atas dua penunggang motosikal yang memakai baju kuning.

MStar Online melaporkan, keganasan itu dikatakan berlaku ketika konvoi penyokong Bersih melalui Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan sedang memburu suspek sambil berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu dan akan mengklasifikasikannya apabila tangkapan dibuat.



Selain itu, Nor Azmi juga menafikan laporan mengatakan bahawa tiga penunjuk perasaan Baju Merah telah ditangkap berhubung dakwaan serangan berkenaan.

Sumber: mStar Online