Monday 10 October 2016

"Takutnya Saya Dengan Ekonomi Negara Sekarang...", Datuk Terlajak Laris' Luah Rasa Bimbang


Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hari meluahkan rasa bimbangnya dengan keadaan ekonomi negara yang dilihatnya semakin menghimpit dari sehari ke sehari.

Alif Syukri, yang terkenal dengan nama 'Datuk Terlajak Laris', meluahkan perkara itu menerusi Facebook rasminya.

Menurut belau, peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan selain mengakui perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat kenaikan kos sara hidup rakyat.

Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.

“‎Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Melihat kos sara hidup melambung tinggi dan bisnes semakin menurun.

Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi,” katanya.

Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk melihat warganegara Thailand datang bekerja di negara ini berbanding empat tahun lepas.

Menceritakan momen lawatannya ke Australia yang dibuat atas tujuan perniagaan, Aliff berkata, ramai anak Melayu dipandang hina orang masyarakat Australia dek kerana lambakan pekerja Malaysia di sana.

Ketika saya melawat untuk tujuan bisnes di Australia, saya melihat banyak wajah anak-anak melayu dipandang rendah oleh orang Australia kerana lambakan pekerja orang Malaysia yang bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf; seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi.

"Sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis 'Yaa Ohh are you farmer boy', sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar?", tulis Alif

Selain itu, beliau juga berkata kerana keadaan ekonomi sekarang, ramai pekerja yang terpaksa berniaga secara 'part-time' kecil-kecilan sekaligus menimbulkan perasaan bimbangnya jika kadar peniaga dan pembeli tidak seimbang.

Malah sekarang ini ramai pekerja yg terpaksa berniaga secara 'part-time', sekali gus wujud lebih ramai peniaga kecil dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli, macam mana nak berniaga dan siapa pula yang akan membeli?,” soalnya.

"Saya berdoa agar..majulah malaysia demi rakyat marhen seperti kami", tulisnya mengakhiri status itu.

Takut dengan ekonomi Malaysia sekarang

Betapa takutnya saya dengan ekononi Malaysia sekarang. Melihat kehidupan sekarang kos sara hidup yang melambung tinggi dan bisnes semakin menurun dalam semua bidang. Ini menyebabkan company saya terpaksa berfikir untuk meluaskan perniagaan saya di Thailand dan paling mengecewakan duit di negara Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi dan sukar kita melihat orang Thailand bekerja di Malaysia berbanding 4 tahun lepas.
Malah satu persatu kilang-kilang jenama gergasi di Malaysia ini telah tutup dan berpindah ke negara lain. Mengapa dan sebab apa?? Cuba bayangkan 2 tahun akan datang apa yang terjadi kepada Malaysia.

Ohh are you a farmer boy

Ketika saya melawat untuk tujuan bisnes di Australia saya melihat banyak wajah anak-anak Melayu dipandang rendah oleh orang Australia kerana lambakan pekerja orang Malaysia bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia mereka memanggil saya dengan sinis ya oohh a u fammer boy. Sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar???
Malah sekarang ni ramai pekerja yang terpaksa berniaga part time dan wujudnya lebih ramai peniaga kecil kecilan dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli. Macam mana nak berniaga. Siapa yang akan membeli…???
Sy berdoa agar.. majulah Malaysia demi rakyat marhaen seperti kami.



Sumber : FB Alif Syukri